Tuesday, December 21, 2010
saje suker suker...
Sunday, May 16, 2010
Bersyukur Atas Nikmat Allah....
Beberapa firman Allah S.W.T...betapa pentingnya kita sebagai hamba untuk bersyukur di atas segala nikmat dan kebesarannya...
"Cukuplah sekiranya kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam? Sudah pasti ketika itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah manusia."
Allah berfirman dalam surah Qasas ayat 72 yang bermaksud: "Katakanlah lagi: "Bagaimanakah fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu selama-lamanya hingga ke hari kiamat.
Tuhan yang manakah lagi selain Allah yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat?"
Cuba pula kita bayangkan bagaimana sekiranya sistem badan kita tidak lagi mempunyai antibodi yang berfungsi menentang serangan kuman danpenyakit. Sudah tentu badan kita tidak akan kekal lama dan kita tidak akan mampu hidup dengan selesa.

Thursday, May 13, 2010
I'm Sad.......huhuhu
Friday, May 7, 2010
Visiting Malacca Historical City...
bertolak 9:00 am
sape2 yg blm pernah pergi MTS ni..inilah dia tempat nak membeli tiket ok...
beratur nak beli tiket...hu3...walaupun di bawah bumbung tp, terasa pnsnye...
sempat pose lg..tengah Q utk naik MTS...panas sungguh cuaca hari tu....
MTS baru nak bergerak naik....ready... set go....mcm nak naik space shot / solero kat genting lak...ceh...mcm penah naik..he3.
Permandangan dari MTS....semuanya nampak kecil n comel....tp takla kecik sgt pun...maklumlah...dr jarak ketinggian 80m je...
Holiday Inn, Malacca
Mahkota Parade
Kolam Renang, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
p/s: nmpk tak pintu masuk dr bawah tu...? tinggi giler kan...huhu memang berpeluh2 la..sesuai bg sesape yg plan nk kuruskn badan..ha3
second place: kitorang ke St. Paul Church Building...untuk ke St. Paul Church ni je kitorang perlu memanjat tangga yg kalo dikira mempunyai hampir 100 anak mata tangga...huhuhu penat giler...so, sape2 yg plan nk visit melaka ni advice ku adalah...pakai la sandal or wedges je k...selipar pun takpe...no high heels ok.....
p/s: tinggi lagi ke nak naik tangga ni yang? he2... byk songeh lak abg aku ni...huhu
p/s: penat betol...hu3
p/s: suka sangat gmbr ni..he2 kalo dh suka bgmbr tu..bg org tak cntik...bg aku cntik...biaq pi la..he3
p/s: amboi abg aku ni..sakan bergbr eh...
time to naik beca...he3 actually...aku tak nak naik coz kesian kat pengayuh tu nak bwk aku yg berat ni...tp abg ckp....ok je la ayg...dia boleh bwk....huhu3 thank q yea abang beca..hu3
n this...we look so sweet..ha3 perasan....he3 (tp npe abg serius sgt?)
ini dl cruise mengelilingi sg melaka selama 40minit....inilh ms utk kita amik peluang tgok view dispjg sg melaka....n sesape yg plan nak naik cruise ni makesure bwa bekalan air mineral yea...coz ms nya yg terlalu lama akan mbuatkan anda kehausan....nti jgn jdi mcm kami....hu3 (dlm hti bile la nak habis pusing cruise ni...dahaga thp maks dh ni...huhuhu)
dari dlm cruise...
Muzium Samudera...last place before we go back to JB. Ramai org / pengunjung ingat kapal ni pernah digunakan / belayar pd zaman dulu. tp sebenarnya tak...Muzium Samudera ni merupakan replika kapal yang dibina untuk menghimpunkan semua sejarah2 yang bertujuan utk memberikan pengetahuan kepada semua pengunjung tentang aktiviti-aktiviti perdagangan atau perniagaan yang pernah dijalankan oleh pedagang2 pada zaman kemasyhuran melaka satu ms dahulu selain peralatan-peralatan dan matawang yg pernah digunakan.
antara yg menarik...mata wang lama.
walaupun penat coz cuaca yg agak panas....tp, kmi ttp enjoy the day...seronok sgt2...lebih2 lgi inilah 1st time kami dpt bercuti berdua selepas bertunang...even sebelum pun tak pernah..mcmanala nk pernah...kami bercinta pun 3 bulan sblm amik kptsn bertunang...huhuhu.. thanks to abg coz luangkan ms utk ayg...
to be continued for next trip...ke mana yea? tunggu jela....
bye....
Thursday, May 6, 2010
Hari Pertunangan
Preparation yg dibuat untuk majlis ni tak sampai 3 bulan. Yela...tibe2 je nak bertunang...tibe2 je nak kawin...kalo dah jodoh tu....dalam sekelip mata pun boleh jadi...hu3 Syukur Alhamdulillah...atas ketentuannya...Akhirnya..hari yg kami tunggu sampai juga...Rasa macam tak percaya plak...pada 27 Mac 2010 lalu aku dah menjadi tunangan orang...dia pun sama...so lepas ni dh tak boleh nakal2 dh...tak boleh nk kenyit2 mata ng org lain dh....he3
geek in da pink...
selepas di make over...
Rombongan dari pihak lelaki agak menggalakkan...terharu rasanya...16 buah kereta datang...nasib baik lah persediaan dah dibuat dr awal dengan menyediakan kanopi dan tempat duduk utk diorang...terima kasih kpd tetamu yg hadir memriahkan majlis hri tu...harap mereka berpuas hati...
sebahagian di dlm rumah
perasaan masa tu hnya tuhan je yg tau....berdebar2...tak tentu rs dibuat nya...mcm kucing nk beranak..hehe duduk salah...berdiri tak kena....huhu3..lagi2 saat cincin disarungkan dijari...huhu nasib baik la reti duduk ms tu..ha3
Apapun syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T atas kurniaan yang telah diberikan..Majlis yang berjalan dengan lancar dan telah dipermudahkan segala urusan. Semoga ikatan ini berkekalan ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat kami..InsyaAllah...Amin..
Untuk tatapan....
antara barangan hantaran for him...
Al-Quran + Rehal
Potpouri
Buah-buahan
Coklat
Sireh Junjung
Cadbury Choclairs
Towel
Kain Pelikat la..la..la..
Cupcake
me...
umie n syu
thanks for coming fren...
barangan hantaran dari kami...
to be continue for the next love story...
bye...
Cinta Hati....
Wednesday, May 5, 2010
Pemergian Adik Tersayang - 20 November 2009
Apa yg pasti penulisan pada hari ini adalah untuk luahan rasa rindu pada arwah adik (Muhammad Zulfadhli bin Aliman ) yang sangat aku rindui sejak pemergiannya pada hari Jumaat 20 November 2009..seminggu sebelum umat Islam menyambut hari raya Aidil Adha. Pemergian dan kehilangan arwah adalah satu kehilangan yang amat besar bagi kami sekeluarga. Pemergiannya tak pernah kami jangka...walaupun, kesihatan arwah beberapa bulan sbelum kurang baik..kerap demam dan sesak nafas...namun, kami tidak pernah menjangka sesuatu yang buruk dan dugaan sebesar ini akan berlaku memandangkan keadaan dia yang agak "istimewa" membuatkan kami faham akan tahap kesihatan dia..
Namun takdir dan kuasa Allah sememangnya tak pernah kita tau...Ajal dan Maut sudah ketentuanNya...Aku tau Mak, Ayah dan Kakak adalah orang yang paling terasa akan kehilangan arwah..maklumlah mereka adalah orang yang paling rapat dengan arwah berbanding aku..kesedihan dan kerinduan tu aku nampak jelas kat wajah mereka walaupun mereka tak cakap n tak bagitau...
Hari ni dah 5 bulan lebih arwah tinggalkan kami....sunyi rasa rumah takde arwah...walaupun tak berada di rumah di setiap hari.....sekali sekala balik terasa jgk...selalu kalo dia ada dapat jgk layan perangai dan kerenah arwah...ingat lagi pronounciation dia bagi certain2 ayat...yg mungkin hanya kami sekuarga je paham...antaranya...nak eecii...(KFC, eemee (mi)...acinnga (ais krim) atak (air kotak) aummmm (nak jalan2) di usia dia 16 tahun..kami tetap layan dia mcm budak2 berumor 3,4 tahun..
Terlalu banyak kenangan dengan arwah...apa yg arwah nak sememangnya akan kami penuhi...tak sangka...raya lepas (2009) adalah raya terakhir kami dengan arwah....tak sangka sangat2....masih macam bermimpi lagi...Ya Allah...tabahkanlah hati kami sekaluarga dalam menghadapi dugaan ini...
Ya-Allah Ya Tuhan ku yang Maha Adil Maha Penyayang dan Maha Pemurah, Kau tempatkan lah arwah adikku bersama-sama golongan orang yang beriman dan soleh, Kau ampunkan lah segala dosanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Mu dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH. Amin.